22 Julai 2022 - Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah dijemput sebagai penceramah jemputan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk sesi Continuing Pharmacy Education (CPE) Cawangan Penguatkuasaan Farmasi.

MDA yang diwakili oleh Puan Nur Syafura Bt Ariffin telah menyampaikan tajuk ceramah berkaitan "Pendaftaran dan Penguatkuasaan ke atas Peranti Perubatan di Malaysia".

Sesi itu dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Di penghujung sesi, Puan Nur Syafura telah diberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan daripada pihak Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

 

WhatsApp Image 2022 07 25 at 4.46.36 PM 1WhatsApp Image 2022 07 25 at 4.46.37 PM